Tuesday, 14 June 2016
ok sekarang nak cerita tentang
set appointment dengan LPPKN jalan raja laut.
Actually dari bulan lepas lagi
aku nak set awal2 lepas raya.
Tapi bila dicall nurse kata start
pertengahan bulan jun baru
dorang bukak untuk book
appointment.
Untuk pengetahuan LPPKN tak
buat rawatan fertility ketika bulan
puasa ye, jadi selepas raya baru
rawatan dimulakan.
Aku ada call LPPKN Shah Alam
dan mereka beritahu disana tiada
lagi rawatan untuk fertiliti tetapi
hanya untuk rawatan bagi
menjarakkan kelahiran anak.
So tu yang call LPPKN KL.
Kalau diikutkan nak pegi Shah
Alam je tp dah tak hado kan.
13 jun aku call semula LPPKN KL
dan katanya hanya boleh start call
15 jun sahaja untuk book
appointment.
15 Jun aku pon call semula,
wahhh susah jugak nak berjawab,
mungkin sebab talian bz kot.
yela ramai lagi orang macam
aku ni ha.
Alhamdulillah dapat tarikh 11 julai.
Tapi betul2 lepas raya tu, suami
aku xnak lah cuti lama.
Dia kan workaholic! haha.
So after bincang dengan suami,
kami decide ambil tarikh
18 julai 2016.
Time call tu nurse ada tanya
bebrapa soalan :-
1. Berapa lama dah kahwin?
2. Bila tarikh kahwin
3. Pernah mengandung atau gugur?
4. Detail suami dan isteri
Nurse jugak berpesan sebelum
datang tu:-
1. Mereka berada di bangunan
LPPKN jalan raja laut, Tingkat 6
2. Bawa i.c suami isteri dan bawa
kad nikah.
3. Sediakan wang RM200
4. Appointment jam 8 pg
(selewat-lewatnya jam 9pg)
5. Appointment sampai tengahari,
mc tidak akan diberi tetapi hanya
time slip diberi.
6. Kalau nak call dinasihatkan call
petang kerana pagi bz.
7. Untuk suami, tidak boleh
melakukan hubungan kelamin
dengan isteri 3 hari sebelum
appointment.
8. Bawa tuala (ni aku dapat dr
bacaan diblog sebab suami nak
kena mandi hadas besar kan)
So, nantikan jela hari kejadian.
No comments:
Post a Comment