Masa untuk menyemak keputusan HLP sesi 2020.
Melalui pengalaman memohon hlp ni dapatlah dikonklusikan bahawa JPA suka keluarkan apa-apa keputusan pada hari jumaat selepas waktu bekerja hehe.
So semaklah pada waktu2 ini.
Alhamdulillah ada rezeki buatku untuk HLP 2020.
Tawaran bersyarat dari JPA
Langkah seterusnya tunggulah emel dari JPA tentang pemberitahuan tentang tarikh Majlis Amanat HLP.
Pada yang tak berjaya akn diberi peluang untuk membuat rayuan. Silalah karang 300 patah perkataan dalam percubaan rayuan tersebut.
Bolehlah download surat tawaran bersyarat yang disertakan sekali dengan keputusan tu.
Surat Tawaran
Bagi yang mengambil mode pengajian research sahaja yang perlu pergi berkursus di INTAN mengikut tarikh2 tang telah ditetapkan.
TAHNIAH YANG BERJAYA DAN SILALAH CUBA LAGI BAGI YANG BELUM BERJAYA.
JPA dah bagi kemudahan untuk penjawat awam, silalah guna sebaik mungkin.
Ini diantara elaun-elaun yang bakal diberikan. Diingatkan duit gaji+ elaun yang ada dapat sekarang langsung tidak akan diusik tapi akan ditambah dengan biasiswa dan elaun2 lain. (Kecuali bagi yang mendapat elaun wilayah, elaun wilayah akan ditukar menjadi elaun cola)
Ada beberapa lagi elaun tapi elaun jenis ni untuk pegawai-pegawai yang membawa keluarga berpindah dari rumah asal dan menyewa berdekatan universiti.
Termasuklah elaun penempatan diatas ni. Perpindahan ini mestilah dengan mendapat pengesahan Ketua Jabatan. Sewa bulanan pun dorang bagi taw, tp xdela banyak sangat.
Macam aku ni, tak dapatlah sebab pilih Universiti dekat-dekat dengan rumah je.
Lebih dekat dari pegi ofis taw haha.
Harap bila dapat tengok betapa banyaknya faedah yang bakal korang dapat, korang alan lebih bersemangat nak apply ok.
IAllah akan join master intake sept 2020.
Salam Puan
ReplyDeleteNak tanya, untuk buat rayuan tu adakah selepas result HLP keluar atau JPA akan maklumkan bila boleh buat rayuan dalam esila? Terima kasih.
Wslm, utk makluman pn tak semua pemohon diberi peluang untuk membuat rayuan. Sebab ada dikalangan kawan saya yang permohonan mereka berstatus tidak berjaya dibawah status mereka ad butang merayu dan ada jugak yang tak ada butang merayu.
Deleteooo...ok2.. terima kasih ats maklumbalas puan. =)
ReplyDeleteAssalamualaikum puan nak tanya. Selepas di interview okeh pihak JPA, berapa lama ya keputusan untuk tahu diterima atau tidak ya? Terima kasih
ReplyDelete