Monday, 28 October 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 2 Interview

Interview.
*sebelum pergi interview wajib jawab soalan psikometrik oleh jpa.
print slip dah jawab soalan tu dan bawa masa datang IV tu nanti






1.Pada y ambil mod pengajian penyelidikkan atau mixed mode kena prepare slide dan print utk panel. Kena buat presentation. Macam aku ni apply kos mixed mode dan lulus untuk peringkat interview tp ditawarkan coursework. So, time iv xperlu buat presentation. Hanya iv biasa, iv berkumpulan 3 org  dalam 1 bilik  bersama 3 orang panel.Panel tu y mewakili wakil jpa, jabatan dan mgkin doc/prof dari universiti. Tgk lah rezeki korg dpt panel iv y mcm mna n background apa. 

** ada kes pegawai tu apply coursework tp dipanggil iv utk mixed mod. So please tengok dan baca satu2 apa y ditulis dalam surat panggilan interview tu. Kelam kabut lah org tu sebab tiba2 kena buat presentation.

2. Aku pun dalam kekeliruan sama ada kena buat presentation ke tak. Call jpa, dorg kata xpayah. Tapi nak selamat ak prepare slide dan bawa hard copy utk setiap seorang ahli panel. Panel tu siap ckp terima kasih sediakan slide ni sbb mmg aku sorg je y prepare macam tu. Dalam masa y sama aku nak tunjuk kat panel y ak sgt serius dan bersungguh dalam iv ni .

3. Tips berguna y ak dpt dr senior, make sure jadilah org y pertama masuk bilik iv taw! Terus pilih seat tengah, supaya sempat nak tarik nafas dan relax sebelum bermula iv. Kebiasaannya panel akn mula sama ada dari kiri atau kanan. Jarang sgtlah dr tengah. So kat situ sempat bertenang dan berfikir.

Soalan2 Interview

1. Perkenalkan diri dan kenapa awak perlu dipilih. ( U have to make sure to know how to sell yourself in Bm and english)
(tips dr husband iols jgnlah dok sibuk2 cerita umur, tempat lahir,  dah kawen, ad anak berapa, he said that was sooo yesterday n standard budak degree sgt ) . Fokus kepada background perkhidmatan, rutin kerja, kemahiran, skill, penglibatan dlm ngo, kerja2 y significant y menyumbang kepada jabatan dan masyarakat.

2. Serius kena jaga setiap perkataan y kita sebut, sebabnya panel akn capture our every word than the next question will be based on our previous answer.

3. Yang paling panel xsuka sangat adalah candidate y nak sambung belajar semata-mata sebab boring dgn kerja sekarang. Nak lari dari masalah dan saja2 suka2 nak sambung. Memang jawapan y menuju kesini teruk sikitlah kena n rasanya peluang nak dpt tu tipis lah. So make sure larikan diri dari stigma tu.

3. Macam aku, jawapan y aku jawab tu membawa seoalah2 i am needed for this. Country need me, department need me, i have the capabilities, i have less probability not to finish my studies. N yess ak ad baca kat blog org cerita kalau pandai pasal cost analysis boleh gunakan. N yes aku gunakan utk nampak releven kos ni aku pilih.

4. Kadang soalan nampak simple dan casual, tp cubalah kaitkan dgn kos study kita.

5. Awakkan masih muda kenapa awal sgt mohon sambung belajar? (mgkin dia maksudkan aku baru 3tahun berkhidmat dlm kerajaan). Bagi jawapan padu lah. sila fikir siap2 jawapan y padu tersebut .

6. Ini kali keberapa mohon? Ehhh takkan sekali mohon dah boleh dapat? Jawablah seikhlas dan sepandai anda .

7. I.R  4.0

8. Soalan berkaitan gst

9. Dasar pandang ke timur 2.0.

10. Isu2 semasa terkini.

11. Soalan2 provokasi tentang status kita, contoh ad anak 4 org boleh ke nak selesaikan master. Dia selalu nak tgk cara kita jawab, emosi kita dan kebijaksanaan kita susun jawapan.

12. Soalan berbentuk situasi, contoh kita cuti kerja dan hanya belajar, sedara mara buat kenduri nanti mesti akn ajak kita. So mcm mna nak bahagia masa dgn study.

13. Lagi byk ckp kadang bermaksud dorg berminat dgn kita tp mcm kes group aku ni. Ada seorang nak pursue study kat UK. Dia dpt bertubi2 soalan (yela jpa nak bayar mahal kena selidik betul2 kan) kat aku soalan xsebanyak dia tp rezeki, aku berjaya dpt (mgkin panel puas hati kot dgn setiap jawapan aku).

14. Satu group sepatutnya 45min je tp ktorg lama giler lebih sejam .


P/s : Panel dah ada siap2 satu salinan seorang profile resume yang kita hantar melalui website tu, so segala soalan akan ditanya based on resume tu dan jawapan pada 3 soalan ekspektasi penajaan. Fail sijil yang aku bawak masa interview tu? hmmp langsung tak tengok weyh. Buat berat beg je usung ke sana ke mari haha.

Kat INFRA tu nanti xboleh parking kat dalam, so parking jelah illegal depan infra sepanjang-panjang tepi jalan tu. Memang itu jelah tempat yang logik boleh parking. Kalau datang awal bolehlah parking dengan sikit dengan gate dia, kalau lambat memang penuh lah.

Time HLP 2020 ni dapat info 1100 dipanggil interview dan 550 akan dapat. Woahhh dengar tu semangat sikitlah sebab nampak ramai. Iv hanya dibuat disatu tempat sahaja di infra bangi. So pemohon2 yang duduk jauh memang kena travel lah. Rezeki aku, dekat je dari rumah senang nak pergi. Alhamdulillah.

Sesi IV dibuat selama seminggu dan ada sesi pagi dan petang. Take note korang bangunan lama taua bangunan baru. Sebab dibahagi ikut macam tu, pasal apa aku pun xtahu. Blok lama belah kiri, blok baru belah kanan. Tapi at the end kitorg dibawa utk duduk dan  kena tunggu kat kantin. Orang JPA akan panggil nama sorang2 untuk masuk ke bilik IV. Dorang dah set nom giliran aku rasa mungkin ikut kluster nak amik master subjek apa kot. Sebab ad tu y presentation, dan ad y berkumpulan pegi. Aku punya pukul 11+ pagi baru dipanggil. Duduk bersembang dengan gabra lah kat situ.

Dah selesai tu Ya Allah lega yang amat.

Selepas dah berjuang habis-habisan masa untuk berdoa pulakkk.

Doa lah banyak2 lembutkan hati penemu duga,

ALL THE BEST!

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

IAllah akan join master intake sept 2020.

1 comment: