Tuesday, 1 October 2019

LPPKN 1

Tuesday, 19 July 2016


Alhamdulillah tamat sudah bulan Ramadhan

Sekarang bulan syawal n last weekend tengahari balik dari beraya emergency balik kampung suami sebab nenek suami meninggal dunia.
Seminggu sebelum tu aku pegi beraya di hospital tengok mbah n the next weekend tu dia meninggal dunia.
Kampung suami yang panas sungguh tu terus jadi sejuk dan hujan sepanjang hari bermula tengahhari tu kecuali pada waktu dikebumikan sahaja.
Kata suami ini husnul khatimah. Semoga arwah ditempatkan bersama hambaNYA yang soleh.

Berbalik pada LPPKN. Setelah hampir setengah bulan buat temujanji maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu.
18 Julai 2016. Pagi tu kami laki bini bertolak dari rumah pukul 7 pagi dan expect sampai dalm 8 lbh sikit.
Mak oiiiiiii jem tak hingattt haha aku biasalah memang paling tak suka lewat datang kalau ada pape appointment tambah2 app mcm ni ha. Dalam kete tu aku bising2 la walhal bukan salah laki aku pun . Cuma jem dia tu kami tak expect teruk lagu tu.
Seb baik masa ak call buat app dulu nurse tu gtaw selewat-lewatnya jam 9 pagi. Aku sampai pukui 8.50+ pg cemtu hahaha.

Suami drop aku kat entrance dan aku terus p daftar dan dia g parking kat dalam quality hotel yang berada betul2 sebelah bangunan LPPKN tu. Masuk building dan terus daftar kat bawah dan tinggalkan lesen dan naik tingkat 6. Kat kaunter tingkat 6 tu nak daftar kena sediakan i.c laki bini dan jugak kad nikah.
Nurse tu jugak akan suruh fill in 2 borang kecil, satu untuk suami dan satu untuk isteri. Data maklumat je sebab nanti dorang akan key in semua detail suami isteri dan buka satu fail atas nama isteri.

Setelah tunggu sebentar sementara dorang buka fail then dorang panggil untuk pengesahan detail fail yang telah dorang cetak. Selepas itu suami diminta terus ke tingkat 7 untuk mengeluarkan sperma hahaha. Aku laki bini tersenyum2 je haha.
Dan mengikut blog2 yang aku baca, disarankan bawa tuala mandi sebab yela suami kena terus mandi hadas besar lah kan setelah mengeluarkan bakal2 anak kami yang tak jadi hahaha.
Aku pulak disuruh tunggu sehingga nurse panggil untuk sesi interview.

Sesi interview dia memang mendalam lah pelbagai soalan private dia tanya. Antara soalan dia yang aku ingat dia tanya seminggu berapa kali bersama, pernah bersama lelaki lain ke selain suami and soalan menstrual la. Aku memang plan tak makan sebelum sesi interview sebab aku tahu nanti dia akan timbang berat dan amek ketinggian haha. Tak nak la nanti result overweight melampau kan ahahhah. Aku tengah diet ni huhu.

Lama jugak laki aku pergi mengerjakan hahaha, dia balik ke tingkat 6 tu aku tak boleh tahan diri aku dari nak tersengih hahahha, dia pun tersengih haha. Lawak pun ada.
Kata suami aku tempat kat tingkat 7 tu mcm hotel murah. Semua pekerja kat situ lelaki dan dorang siap kata kat laki take ur time! hahaha.

Then aku pun suruh lah suami pergi jumpa nurse yang iv aku tadi. Sebab tadi nurse tu pesan suruh suami datang ke bilik tu sebab suami pun akan undergo sesi iv. Selesai semua tu ktorang just kena tunggu result sperm suami aku jela. Ktorg pun turun ke tingkat 2 kafeteria LPPKN.
Nurse pesan pada suami result dapat dalam 11.30 pagi la. Ada lagi sejam lebih ktorg pun take time la makan tu.

Lama jugak dalam dekat pukul 12 tghhari baru dapat result. Alhamdulillah result sperma suami semuanya normal. So, sekarang aku lah yang akn undergo pelbagai ujian kesihatan. Disebabkan suami plan nak masuk keje semula petang tu kerana ada mesyuarat penting so ktorg pun dapatkanlah time slip. Aku memang apply cuti so balik tido! dan yeahh g report polis kehilangan passport antrabangsa aku.


Kad Appointment
Time daftar tu aku memang dah cakap pada nurse aku nak doctor perempuan dan dia kata memang doc perempuan dan dapatlah doc Wan :)


Surat rujukan untuk buat hsg xray. Nurse kata nanti 1st day period je terus call mana2 hosp yang kita nak buat hsg xray dan terus buat appointment nanti dorang akan set tarikh yang ok.
Dan dalam hari ke2 hinga hari ke5 period just walkin ke LPPKN untuk ambil darah untuk both suami dan isteri.
Hari period ke-21 pulak nanti kena datang ke LPPKN bersama report HSG XRAY. 
Ha time ni nanti baru berjumpa dengan doctor.
Doakan aku dapat melalui hsg xray ni dengan baik dan sihat je sebab dari bacaan katanya buat benda ni sangat sakit sampai cramp yang teruk pada perut! huaaaaa takottt.
Dan juga dinasihatkan untuk bawa pad sebab nanti akan ada pendarahan huhu.
Doakan aku tiada tiub fallopian yang tersumbat atau apa2 masalah yang tak membolehkan aku dapat zuriat sobss


Ha untuk appointment 1st day ni tak adalah mahal sangat RM65 sahaja. Diingatkan kalau bayaran tak melebihi rm100 tak boleh guna kad debit/kredit.


Bayaran parking kat Quality Hotel tu dari pukul 9pagi- 12thari rm14 hengget okayhh haha.

So itu jelah stakat ni, tolong doakan aku dan suami cepat2 beroleh cahaya mata kami sendiri. Aku pun mendoakan benda yang sama untuk korang yang membaca bloqg aku ni. AMIN.
Semoga Allah permudahkan rezeki kita mendapat zuriat sendiri amin :*

No comments:

Post a Comment