Tuesday, 1 October 2019

LPPKN 3 : Pusat Pakar KPJ Tawakal


Monday, 15 August 2016


Haritu sementara nak menunggu period datang aku dah siap2 call sana sini untuk buat perbandingan harga untuk XRAY HSG. Walaupun aku laki bini ni keje gomen dua2 tapi still la nak kena tengok harga even after iui nanti boleh claim. Duit weyh nak kena dahulukan kalau mahal2 tapi service sama je buat ape kan. So, better cari yang paling murah lah kalau boleh hehe.

Survey punya survey n period pun hadir so dah ancious jugak ni sebab hari tersebut jugak aku perlu pastikan appointment aku dah sedia dibuat.
Bila dibandingkan antara tempat2 xray..xray daya tu paling murah n memang suggested by nurse pun.
Tetapi masalahnya juru xray kat situ yang ada hanya lelaki taw.
Hmmm memang tak le laki aku bagi terkangkang depan lelaki lain haha.
So even murah pun dalam rm180 tapi disebabkan lelaki, so memang tak le.

Next option aku call kpj shah alam, ha kat sini memang perempuan juru xray tapi kos dia estimate amek ko rm380 tu fuhh! hahah
Mahal sungguh ni!
Aku pun try la call no y satu lagi nurse suggest kat pusat pakar tawakal , actually kpj jugak ni tapi bila call n dia kata memang doc perempuan doc Fatimah namanya. Dan estimate kos rm280. Ha murah rm100 taw berbanding shah alam tu.
Aku deal dengan suami n yang tukang angkat fon tu so book la date 11 ogos 2016 2.30 ptg.
Alhamdulillah everything went well n harini dah nak dekat seminggu dah pun aku setel xray tu cuma malehh nak update awai sbb bz weyhh hehe.

Ok mesti korang tertunggu-tunggu aku bercerita pulak kesah HSG XRAY aku kan. Macam mana pulak pengalamana aku kan. Yela selama ni dok baca kat blog2 org rasa seram sejuk bagai.
Ada yang kata sakit giler sampai nangis. Ada yang siap cramp perut seharian sampai tak boleh nak buat apalah.
So bagi aku semua ini bergantung pada setiap individu rasanya. semua orang akan mempunyai pengalaman sendiri bergantung kepada keadaan tubuh masing-masing.

1st Step
Daftar di kaunter Diagnostic Imaging Tingkat 1 pusat pakar tawakal tu.
Tunggu didaftarkan. Dan disebabkan aku tak solat zohor lagi so after daftar aku terus naik ke tingkat 4 untuk solat Zohor. Selesai solat turun kebawah semula dan tunggu nama dipanggil.

2nd Step
Nama dipanggil nurse dan masuk bilik nombor 4. Nurse beri baju persalinan untuk xray.
Kena bukak semua yang bahagian bawah sahaja dan pakai gaun xray yng dia bagi.
Setelah selesai kena baring terus di katil xray sambil tunggu juru xray datang untuk buat pre-xray.
Then nurse datang dan beritahu prosedur yang akan dilakukan doc sebentar lagi. Nurse tu siap tanya lagi ehh muda lagi, kenapa buat ujian ni saje2 ke? Aku pon gtaw la sebab dah setahun lbh kan berkahwin. Kata nurse tu masa umur 25 ni masa untuk enjoy lagi n dia pun xkahwin lagi masa unur 25 ni ha. Doc Fatimah pun masuk dan bersembang2 bertanyakan tentang umur perkahwinan aku dan pernah mengandung ke sebelum ni dan regularity period aku.

3rd Step
Doc gtaw siap2 yang benda pertama yang dia akan masukkan ni sejuk dan aku tak boleh keraskan badan atau kaki. Sebab kalau kita keraskan badan time ni, kita akan merasa lebih sakit. So aku pun berusaha untuk relaxkan badan. Adelah jugak aku pk tak rasa malu ke nanti kangkang depan org even perempuan pun, tapi actually time dia soh kangkang tu malu sikit tp lepas dia masukkan benda tu (mcm mulut itik kot) hilang semua perasaan malu dan digantikan dengan rasa seram sejuk! haha
seyes terkejut sikit la masa mula2 tu. Tapi lepas seketika ok je. Cuma aku ade dengar bunyi skru diketatkan tp time tu aku pun xsure skru apa haha seram!


Ni agaknya bunyi yang mcm skru diputar tu. Seram jugak lah kalau tengok kat sini haha

4th Step
Selepas selesai sesi pembukaan tu, doc slow2 masukkan cecair yang dipanggil contrast ke dalam rahim. Sambil dia masukkan tu sambil tu dia xray rahim untuk lihat pergerakan contrast masuk kedalam fallopian tube. Dia ad skrin kat sebelah kanan aku dan aku pun boleh sama2 melihat pergerakan contrast tu. Yang belah kanan laju sungguh naik, tapi y belah kiri a bit slow berbanding kanan sampai doc kena tambah contrast. Tapi ALHAMDULILLAH doc kata normal je dua2 tiub aku nampak dan semuanya ok except y lambat sikit belah kiri tu. So, kiranya tiub aku tak block pun.
Rasa dia masa contarst tu dalam rahim YA ALLAH senak semacam weyhh, seyesly rasa macam nak pecah pun ade tapi sementara dan sekejap je tu. Tahan sekejap dan selesai je terus dia tarik something dr bawah tu dan mengalir semua contrast tu keluar dari rahim hehe.

5th Step
After selesai proses tu, doc amek xray selepas contrast sepenuhnya memenuhi rahim aku. Then kena baring atas katil tu selama 30 min. Ngantuk jugak la rehat 30 min tu. After 30 min juru xray datang dan amek xray rahim selepas proses hsg xray tu.
Alahmdulillah aku tanya2 jugak doc masa stelah contrast aku dimasukkan tu. Doc kata jangan risau semuanya normal. Aku siap tnya dapat detect pcos ke kalau mcm ni keadaan rahim aku. Dia kata tak dapat detect dan mungkin jugak aku pcos tu xdpt diketepikan sbb sebelum tu ak ad cerita pada doc ak ad history 2 kali cycle 47 n 44 hari woo... Tapi katanya lagi jangan risau even ad pcos pun still boleh mengandung.

6th Step

Juru xray kata dah siap dan aku boleh bangun dan kalau nak basuh memang ada toilet dalam bilik xray tu sendiri. Baik je aku bgn dari katil, fuuuuuu meluru contrast turun dari dalam tu hahaah. Terus jadi segan aku nak bangun terus. Tunggu kejap semua contrast tu turun baru la aku bangun p bilik ayaq. Orang cerita akan cramp perut la dan xlarat jalan lepas prosedur ni tapi aku rasa mcm relax giler weyh. Tak rasa sakit sgt pun. Dan dengan pad yang dibekalkan juru xray tu aku tengok ad setitik kecil je darah keluar dan xde pape dah. Aku risau jugak yelah orang dok cerita 2-3 hari darah keluar, tapi aku macam xde pape sgt je haha. Boleh plak kan pk mcm tu haha.



Alhamdulillah kalau dilihat kat sini, cecair contrast tu memenuhi segenap rahim aku.

Bermaksud dua2 tiub fallopian aku ok dan tidak tersumbat hihi.



Ini surat yang doc bagi sekali dengan xray paper yang ad 6 gambar rajah

pre, in the middle n post xray hsg aku.
Aku actually still risau sebab ade word ad peritubal adhesions kat bahagian kiri tiub huhu.
Overall both tube are normal.


Ni ha bill untuk harini.

Alhamdulillah terima kasih incik somi
I Love u sooooo much!


No comments:

Post a Comment