Monday, 28 October 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 1 Permohonan

HLP.
Since ramai mintak share experience kan..meh sini nak share. Serius aku mula2 tu pun blur betul apalah nak kena buat nak mohon HLP ni.
Apa lagi pegi buat program mentor mentee dgn senior y berjaya n dah grad master dah pun dgn HLP ni. 😁
Aku mmg pegi tanya, cara nak buat proposal, tajuk mcm mna n sampai nak iv pun ak pegi mintak nasihat apa y ok apa y xok.

N yess mmg ak google lah setiap blog y share experience dorang dlm HLP ni.. (gigih 😆)

Sentiasa cakna bila JPA akan keluarkan surat permohonan HLP & CBBPTB
keluar je surat baca betul2 dan alert dengan segala tarikh dia ye.

Permohonan
First step mestilah kena apply dulu sila ke link ini Mohon HLP (esilaJPA) n penuhi semua syarat2 dia.

1. Sudah lebih 3 tahun(penuh) berkhidmat dalam Kerajaan

2. Markah SKT 3tahun melebihi 85% setiap tahun.

3.Pilih mod study yang nak buat time master nanti.

4. Kalau Mod penyelidikkan atau mixed mode silalah fikirkan kos apa, tajuk apa dan buat proposal dulu. Dari pendahuluan, metodologi hinga ke rujukan. Apa y perlu ada dalam proposal dah dinyatakan dalam surat HLP. 
Kalau plan nak buat master mode kerja kursus (coursework) maka tak perlu buat proposal panjang tu cuma buat seperti diarahan bahagian (B) seperti di 🔝


Jangan lupa juga pilihlah 3 cadangan universiti yang anda ingin masuk belajar nanti. Semua mode kena letak 3 cadangan universiti ye. Macam aku, kos yang aku nak ambil masa mohon ni hanya ad satu universiti sahaja yang tawarkan jadi aku hanya letak satu universiti dan tulis sebab kenapa aku hanya pilih satu sahaja.

5. Jawablah 3 soalan ekspektasi pengajian (make sure patriotik lah sikit ye n aku bukak page bahagian kat jpa y anjurkan HLP ni (Bahagian Modal Insan, BMI) supaya jawapan aku nnt bertepatan dgn objektif program ni ✌🏻)

               Soalan ekspektasi penajaan

6. Isi borang online kat web esila jpa.. dia akan tnya berapa markah skt utk 3 tahun kebelakang. Masukkan skt y diberi oleh PPP y dalam hrmis tu
.
7. Upload segala doc/proposal/jawapan soalan ekspektasi pengajian kat web esila jpa tu dan done!

8. Tunggu keputusan sama ada akan dipanggil interview atau tidak.


9. Ni tips ak dapat time berjumpa dgn geng2 PTD masa Majlis Amanat HLP yang berjaya dapat HLP. Kebanyakkan mereka dapat mixed mode. Dorg cerita masa presentation untuk mixed mode dorang disoal seolah2 dorang dah start paling kurang 30% dari research dorang tu. So make sure kalau boleh dah ad supervisor, connection dengan u dan data2 yang berkaitan contohnya method apa nak guna. Tough lah aku dengar dorg cerita presentation tu. perghhh.


10. Antara masalah yang diutarakan masa majlis amanat ialah kebanyakkan universiti hanya tawarkan mode coursework sahaja untuk master, tetapi masa dorang apply ada stated kat web kos tu berbentuk mixed mode. So kata JPA, sesiapa yang ditawarkan mixed mode, mereka hanya dibenarkan buat pertukaran mode tu, kepada mode yang lebih tinggi. Meaning coursework ---> mixed mode ---> research. Dah ramai orang pening kepala. Aku yang mendengar pun tumpang rasa perit aduhai. So, make sure silalah buat double confirm, call universiti atau pensyarah subjek tu untuk lebih kepastian.

Langkah Seterusnya Tunggu result sama ada berjaya ke peringkat IV HLP atau pun tidak.
1st screening adalah based on resume y diisi online, jawapan 3 soalan ekspektasi, lepas tak markat skt 85% untuk tiga tahun dan jugak proposal bagi yang memilih mode pengajian mixed mode /research.

**Silalah cari kos yang menarik dan unik tp masih related dan relevan dgn kementerian/jabatan.Kalau boleh y berbeza dgn kebanyakkan org. Kos2 y baru mcm y related dgn 4th I.R dll tu akan menampakkan anda berbeza dgn org lain.
Boleh jadikan kita nak bina kepakaran dalam negara dalam bidang tu sebagai alasan kukuh kenapa JPA mesti pilih anda utk further study. 😁💪🏻




JPA akan mesej berbentuk macam ni lah bila apa-apa keputusan keluar. So, xyah stress2 macam aku hari2 bukak web esila jpa nak tungu result hehe.

p/s : i am sorry i cannot share my proposal because i might use all of its content for my research/viva, (iAllah I will pursue study on sept 2020). IAllah i will share my proposal once it's passed all necessary amendments and inspection. After graduation maybe 😜😜😜

SEMOGA BERJAYA!

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

1 comment: