Monday, 11 November 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 4 Majlis Amanat HLP

Assalamualaikum,


Tahniah ye bagi yang berjaya mendapat HLP teruskan bersemangat untuk sambung belajar nanti.

Korang akan dapat emel beritahu kena hadir Majlis Amanat HLP& CBBTB. Surat jemputan boleh download di web esila. Jangan lupa bawa sekali SURAT SETUJU TERIMA (SST) dan surat tawaran bersyarat semasa pendaftaran, kena serah pada urusetia semasa pendaftaran.
Minum pagi dan makan tengahari disediakan.

Untuk pegawai yang mendapat tajaan untuk mode penyelidikkan kerusi mereka telah ditaging kan supaya duduk dibahagian hadapan. Ini memudahkan kerana nanti akan ada satu slot dari INTAN dimana hanya pegawai mode penyelidikkan sahaja perlu dengar kerana mereka perlu pergi berkursus di INTAN selama 3 minggu . Pegawai yang mendapat mode mixed mode dan coursework xperlu langsung pergi berkursus di Di INTAN. Tapi kalau WORKSHOP ELPA dibuat di INTAN untuk catered pegawai yang dapat HLP ni terpaksalah gagahkan diri ke INTAN juga. Pasal ELPA ni aku cerita lain kali naaa iALLAH. Banyak sangat info hehe.
ELPA stands for ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY ASSESSMENT.

Majlis amanat ini penting kena datang untuk dapat info2 berguna, tarikh-tarikh penting .
Silalah bawa segala persoalan yang korang ada sebab org JPA BMI akan ada disitu untuk beri penjelasan. Dan palinggg penting sekali diakhir program korang akn diberi surat GUARANTEE LETTER. GL ni akan menyatakan korang akan diberi biasiswa HLP dari JPA. Masa nak mohon Universiti kena provide surat ni sekali sebagai bukti korang akan mendapat penajaan untuk sambung belajar.
Ini ad aku sertakan sekali contoh surat GL tu.
Kalau tengok jumlah RM tu so korang dapatlah tahu berapa elaun sara diri bulanan yang korang akan dapat untuk setahun ye hehe. Sebab kalau ikut list senarai elaun tu ad 2 jenis satu y rm800 sebulan dan satu lagi rm900 sebulan. Bersyukur lah banyak2 bagi yang dapat tu. Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.

GL dari JPA

Langkah seterusnya tengok2 lah universiti dan kos2 yang korang boleh apply yang bersesuaian dengan kluster yang korang telah ditawarkan tu. Masa majlis berjalan dari awal pagi banyak uni bukak booth2 depan dewan. Bolehlah pegi daftar dan ambil brochure yang berkaitan. Untuk yuran pendaftaran universiti, JPA akan tanggung 3 yuran permohonan yang korang kena bayar masa nak apply U. So xyah risau2, apply jela 3 uni. JPA memang nasihatkan untuk apply 3 universiti, in case of anything kan apply jela. Free je tu sebab boleh claim balik dengan JPA.
Macam UPM dorang ad provide yuran permohonan free bagi sesiapa yang datang booth dorang masa majlis tu. Dingatkan yang free tu hanya untuk 2 minggu je ye validity dia. Dan boleh je daftar untuk intake mei, dan kalau rasa nak start bulan sept, mintak lah tangguh memulakan pengajian. Aku apply je kemasukkan mei kat UPM so kalau in case perlu masuk awal aku ak back up dah.

Kit HLP dah boleh download, print dan bawa sekali masa Majlis Amanat ni nanti.
Segala KIT HLP dan slide masa Majlis Amanat ini nanti akan diupload ke web esila JPA. So boleh go through semula bila dah nak start belajar nanti.
Dia ada untuk sebelum memulakan pengajian, semasa pengajian dan selepas tamat pengajian.

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

IAllah akan join master intake sept 2020.

Tuesday, 29 October 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 3 Result dan Rayuan HLP



Masa untuk menyemak keputusan HLP sesi 2020.
Melalui pengalaman memohon hlp ni dapatlah dikonklusikan bahawa JPA suka keluarkan apa-apa keputusan pada hari jumaat selepas waktu bekerja hehe.
So semaklah pada waktu2 ini.

Alhamdulillah ada rezeki buatku untuk HLP 2020.




Tawaran bersyarat dari JPA

Langkah seterusnya tunggulah emel dari JPA tentang pemberitahuan tentang tarikh Majlis Amanat HLP. 
Pada yang tak berjaya akn diberi peluang untuk membuat rayuan. Silalah karang 300 patah perkataan dalam percubaan rayuan tersebut.

Bolehlah download surat tawaran bersyarat yang disertakan sekali dengan keputusan tu.


Surat Tawaran



Bagi yang mengambil mode pengajian research sahaja yang perlu pergi berkursus di INTAN mengikut tarikh2 tang telah ditetapkan.

TAHNIAH YANG BERJAYA DAN SILALAH CUBA LAGI BAGI YANG BELUM BERJAYA.
JPA dah bagi kemudahan untuk penjawat awam, silalah guna sebaik mungkin.

Ini diantara elaun-elaun yang bakal diberikan. Diingatkan duit gaji+ elaun yang ada dapat sekarang langsung tidak akan diusik tapi akan ditambah dengan biasiswa dan elaun2 lain. (Kecuali bagi yang mendapat elaun wilayah, elaun wilayah akan ditukar menjadi elaun cola)




Ada beberapa lagi elaun tapi elaun jenis ni untuk pegawai-pegawai yang membawa keluarga berpindah dari rumah asal dan menyewa berdekatan universiti.
Termasuklah elaun penempatan diatas ni. Perpindahan ini mestilah dengan mendapat pengesahan Ketua Jabatan. Sewa bulanan pun dorang bagi taw, tp xdela banyak sangat.
Macam aku ni, tak dapatlah sebab pilih Universiti dekat-dekat dengan rumah je.
Lebih dekat dari pegi ofis taw haha.

Harap bila dapat tengok betapa banyaknya faedah yang bakal korang dapat, korang alan lebih bersemangat nak apply ok.


SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

IAllah akan join master intake sept 2020.


Monday, 28 October 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 2 Interview

Interview.
*sebelum pergi interview wajib jawab soalan psikometrik oleh jpa.
print slip dah jawab soalan tu dan bawa masa datang IV tu nanti






1.Pada y ambil mod pengajian penyelidikkan atau mixed mode kena prepare slide dan print utk panel. Kena buat presentation. Macam aku ni apply kos mixed mode dan lulus untuk peringkat interview tp ditawarkan coursework. So, time iv xperlu buat presentation. Hanya iv biasa, iv berkumpulan 3 org  dalam 1 bilik  bersama 3 orang panel.Panel tu y mewakili wakil jpa, jabatan dan mgkin doc/prof dari universiti. Tgk lah rezeki korg dpt panel iv y mcm mna n background apa. 

** ada kes pegawai tu apply coursework tp dipanggil iv utk mixed mod. So please tengok dan baca satu2 apa y ditulis dalam surat panggilan interview tu. Kelam kabut lah org tu sebab tiba2 kena buat presentation.

2. Aku pun dalam kekeliruan sama ada kena buat presentation ke tak. Call jpa, dorg kata xpayah. Tapi nak selamat ak prepare slide dan bawa hard copy utk setiap seorang ahli panel. Panel tu siap ckp terima kasih sediakan slide ni sbb mmg aku sorg je y prepare macam tu. Dalam masa y sama aku nak tunjuk kat panel y ak sgt serius dan bersungguh dalam iv ni .

3. Tips berguna y ak dpt dr senior, make sure jadilah org y pertama masuk bilik iv taw! Terus pilih seat tengah, supaya sempat nak tarik nafas dan relax sebelum bermula iv. Kebiasaannya panel akn mula sama ada dari kiri atau kanan. Jarang sgtlah dr tengah. So kat situ sempat bertenang dan berfikir.

Soalan2 Interview

1. Perkenalkan diri dan kenapa awak perlu dipilih. ( U have to make sure to know how to sell yourself in Bm and english)
(tips dr husband iols jgnlah dok sibuk2 cerita umur, tempat lahir,  dah kawen, ad anak berapa, he said that was sooo yesterday n standard budak degree sgt ) . Fokus kepada background perkhidmatan, rutin kerja, kemahiran, skill, penglibatan dlm ngo, kerja2 y significant y menyumbang kepada jabatan dan masyarakat.

2. Serius kena jaga setiap perkataan y kita sebut, sebabnya panel akn capture our every word than the next question will be based on our previous answer.

3. Yang paling panel xsuka sangat adalah candidate y nak sambung belajar semata-mata sebab boring dgn kerja sekarang. Nak lari dari masalah dan saja2 suka2 nak sambung. Memang jawapan y menuju kesini teruk sikitlah kena n rasanya peluang nak dpt tu tipis lah. So make sure larikan diri dari stigma tu.

3. Macam aku, jawapan y aku jawab tu membawa seoalah2 i am needed for this. Country need me, department need me, i have the capabilities, i have less probability not to finish my studies. N yess ak ad baca kat blog org cerita kalau pandai pasal cost analysis boleh gunakan. N yes aku gunakan utk nampak releven kos ni aku pilih.

4. Kadang soalan nampak simple dan casual, tp cubalah kaitkan dgn kos study kita.

5. Awakkan masih muda kenapa awal sgt mohon sambung belajar? (mgkin dia maksudkan aku baru 3tahun berkhidmat dlm kerajaan). Bagi jawapan padu lah. sila fikir siap2 jawapan y padu tersebut .

6. Ini kali keberapa mohon? Ehhh takkan sekali mohon dah boleh dapat? Jawablah seikhlas dan sepandai anda .

7. I.R  4.0

8. Soalan berkaitan gst

9. Dasar pandang ke timur 2.0.

10. Isu2 semasa terkini.

11. Soalan2 provokasi tentang status kita, contoh ad anak 4 org boleh ke nak selesaikan master. Dia selalu nak tgk cara kita jawab, emosi kita dan kebijaksanaan kita susun jawapan.

12. Soalan berbentuk situasi, contoh kita cuti kerja dan hanya belajar, sedara mara buat kenduri nanti mesti akn ajak kita. So mcm mna nak bahagia masa dgn study.

13. Lagi byk ckp kadang bermaksud dorg berminat dgn kita tp mcm kes group aku ni. Ada seorang nak pursue study kat UK. Dia dpt bertubi2 soalan (yela jpa nak bayar mahal kena selidik betul2 kan) kat aku soalan xsebanyak dia tp rezeki, aku berjaya dpt (mgkin panel puas hati kot dgn setiap jawapan aku).

14. Satu group sepatutnya 45min je tp ktorg lama giler lebih sejam .


P/s : Panel dah ada siap2 satu salinan seorang profile resume yang kita hantar melalui website tu, so segala soalan akan ditanya based on resume tu dan jawapan pada 3 soalan ekspektasi penajaan. Fail sijil yang aku bawak masa interview tu? hmmp langsung tak tengok weyh. Buat berat beg je usung ke sana ke mari haha.

Kat INFRA tu nanti xboleh parking kat dalam, so parking jelah illegal depan infra sepanjang-panjang tepi jalan tu. Memang itu jelah tempat yang logik boleh parking. Kalau datang awal bolehlah parking dengan sikit dengan gate dia, kalau lambat memang penuh lah.

Time HLP 2020 ni dapat info 1100 dipanggil interview dan 550 akan dapat. Woahhh dengar tu semangat sikitlah sebab nampak ramai. Iv hanya dibuat disatu tempat sahaja di infra bangi. So pemohon2 yang duduk jauh memang kena travel lah. Rezeki aku, dekat je dari rumah senang nak pergi. Alhamdulillah.

Sesi IV dibuat selama seminggu dan ada sesi pagi dan petang. Take note korang bangunan lama taua bangunan baru. Sebab dibahagi ikut macam tu, pasal apa aku pun xtahu. Blok lama belah kiri, blok baru belah kanan. Tapi at the end kitorg dibawa utk duduk dan  kena tunggu kat kantin. Orang JPA akan panggil nama sorang2 untuk masuk ke bilik IV. Dorang dah set nom giliran aku rasa mungkin ikut kluster nak amik master subjek apa kot. Sebab ad tu y presentation, dan ad y berkumpulan pegi. Aku punya pukul 11+ pagi baru dipanggil. Duduk bersembang dengan gabra lah kat situ.

Dah selesai tu Ya Allah lega yang amat.

Selepas dah berjuang habis-habisan masa untuk berdoa pulakkk.

Doa lah banyak2 lembutkan hati penemu duga,

ALL THE BEST!

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

IAllah akan join master intake sept 2020.

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 1 Permohonan

HLP.
Since ramai mintak share experience kan..meh sini nak share. Serius aku mula2 tu pun blur betul apalah nak kena buat nak mohon HLP ni.
Apa lagi pegi buat program mentor mentee dgn senior y berjaya n dah grad master dah pun dgn HLP ni. 😁
Aku mmg pegi tanya, cara nak buat proposal, tajuk mcm mna n sampai nak iv pun ak pegi mintak nasihat apa y ok apa y xok.

N yess mmg ak google lah setiap blog y share experience dorang dlm HLP ni.. (gigih 😆)

Sentiasa cakna bila JPA akan keluarkan surat permohonan HLP & CBBPTB
keluar je surat baca betul2 dan alert dengan segala tarikh dia ye.

Permohonan
First step mestilah kena apply dulu sila ke link ini Mohon HLP (esilaJPA) n penuhi semua syarat2 dia.

1. Sudah lebih 3 tahun(penuh) berkhidmat dalam Kerajaan

2. Markah SKT 3tahun melebihi 85% setiap tahun.

3.Pilih mod study yang nak buat time master nanti.

4. Kalau Mod penyelidikkan atau mixed mode silalah fikirkan kos apa, tajuk apa dan buat proposal dulu. Dari pendahuluan, metodologi hinga ke rujukan. Apa y perlu ada dalam proposal dah dinyatakan dalam surat HLP. 
Kalau plan nak buat master mode kerja kursus (coursework) maka tak perlu buat proposal panjang tu cuma buat seperti diarahan bahagian (B) seperti di 🔝


Jangan lupa juga pilihlah 3 cadangan universiti yang anda ingin masuk belajar nanti. Semua mode kena letak 3 cadangan universiti ye. Macam aku, kos yang aku nak ambil masa mohon ni hanya ad satu universiti sahaja yang tawarkan jadi aku hanya letak satu universiti dan tulis sebab kenapa aku hanya pilih satu sahaja.

5. Jawablah 3 soalan ekspektasi pengajian (make sure patriotik lah sikit ye n aku bukak page bahagian kat jpa y anjurkan HLP ni (Bahagian Modal Insan, BMI) supaya jawapan aku nnt bertepatan dgn objektif program ni ✌🏻)

               Soalan ekspektasi penajaan

6. Isi borang online kat web esila jpa.. dia akan tnya berapa markah skt utk 3 tahun kebelakang. Masukkan skt y diberi oleh PPP y dalam hrmis tu
.
7. Upload segala doc/proposal/jawapan soalan ekspektasi pengajian kat web esila jpa tu dan done!

8. Tunggu keputusan sama ada akan dipanggil interview atau tidak.


9. Ni tips ak dapat time berjumpa dgn geng2 PTD masa Majlis Amanat HLP yang berjaya dapat HLP. Kebanyakkan mereka dapat mixed mode. Dorg cerita masa presentation untuk mixed mode dorang disoal seolah2 dorang dah start paling kurang 30% dari research dorang tu. So make sure kalau boleh dah ad supervisor, connection dengan u dan data2 yang berkaitan contohnya method apa nak guna. Tough lah aku dengar dorg cerita presentation tu. perghhh.


10. Antara masalah yang diutarakan masa majlis amanat ialah kebanyakkan universiti hanya tawarkan mode coursework sahaja untuk master, tetapi masa dorang apply ada stated kat web kos tu berbentuk mixed mode. So kata JPA, sesiapa yang ditawarkan mixed mode, mereka hanya dibenarkan buat pertukaran mode tu, kepada mode yang lebih tinggi. Meaning coursework ---> mixed mode ---> research. Dah ramai orang pening kepala. Aku yang mendengar pun tumpang rasa perit aduhai. So, make sure silalah buat double confirm, call universiti atau pensyarah subjek tu untuk lebih kepastian.

Langkah Seterusnya Tunggu result sama ada berjaya ke peringkat IV HLP atau pun tidak.
1st screening adalah based on resume y diisi online, jawapan 3 soalan ekspektasi, lepas tak markat skt 85% untuk tiga tahun dan jugak proposal bagi yang memilih mode pengajian mixed mode /research.

**Silalah cari kos yang menarik dan unik tp masih related dan relevan dgn kementerian/jabatan.Kalau boleh y berbeza dgn kebanyakkan org. Kos2 y baru mcm y related dgn 4th I.R dll tu akan menampakkan anda berbeza dgn org lain.
Boleh jadikan kita nak bina kepakaran dalam negara dalam bidang tu sebagai alasan kukuh kenapa JPA mesti pilih anda utk further study. 😁💪🏻




JPA akan mesej berbentuk macam ni lah bila apa-apa keputusan keluar. So, xyah stress2 macam aku hari2 bukak web esila jpa nak tungu result hehe.

p/s : i am sorry i cannot share my proposal because i might use all of its content for my research/viva, (iAllah I will pursue study on sept 2020). IAllah i will share my proposal once it's passed all necessary amendments and inspection. After graduation maybe 😜😜😜

SEMOGA BERJAYA!

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

Laguna Redang 3H2M

Laguna Redang Island Resort
Let me review a bit
️
Accomodation
.
Ktorg ambil triple Deluxe Garden View.
Bilik bersih,cantik dan permandangan ok la.
Bilik ad 1 katil king, 2 katil single.
Air cond , water heater (cuma air paip xboleh guna untuk minum ye), everyday they provide 1 bottle of drinking water per person.
 Depan hotel ad kawasan pantai y besar dan boleh snorkelling tengok ikan kalau malas nak naik bot pergi snorkelling tempat lain.
 Swimming memang best, air bersih dan warm sangat selesa nak swimming, tuala boleh ambil kat tepi kolam. Siap ad juai aiskrim lagi kat situ hehe.
 Make sure call utk request duduk bilik tingkat bawah (if needed). Bilik2 dirg ad 2 tgkat yee. Macam ktorg rezeki dpt bilik tgkat 1 even x request siap2 .
️
Food
.
Totally 5!
Kat kaunter sebelum naik tangga nak ke restoran staff hotel akan bagi siap2 nom meja. So, xperlu rebut2 atau ambil meja orang.
Pelbagai jenis makanan n almost everything sedap! n setiap kali makan mesti ad hidangan kambinggg kecuali time breakfast la..
Dari nasi, ke mee ke western n steak semua hadooo. Even french fries pun adoo.
Buah-buahan pun setiap kali ad 3 jenis.
Paling best tuu makanan xyah risau habis, sentiasa topup!
Datanglah lewat sikit ke, mesti sentiasa adaaa jee makanan tu.
Kalau rasa nak mkn jajan, air mineral atau brg2 lain ad je kedai serbaneka berbayar, tapi hege pulau lah.
Tapi y xbest dinner bbq dia la kot sbb xdela semeriah y ktorg sangkakan.
Jagung bakar pun xsedap.
N xjumpa pun udang, sotong, ketam sangat which is seafood terpenting kotttt kena makan tepi pantai .
️
Snorkelling Equipment.
.
Safety jacket rent rm15/item
Snorkel goggle rent rm15/item
Pada y rabun jgn risau snorkel yang ad lens power pun ada tawww... ada byk jenis power.
Suamiku seronok gilerr laaa pakai snorkel dgn power 650!
Ha seronokkk dia snorkelling xyah pakai cermin mata 
️
Activities
.
Aktiviti paling menarik ofcourse! Snorkelling dan swimming with the fish!.
3 lokasi dia akn bawa pegi snorkelling.
1.Open/deep sea
2. Taman laut/ Marine park
3.Open/deep sea
Make sure bawaklah roti gardenia dan y seangkatan dgnnya byk2 sebanyak y korg nak bg ikan makan. Ikan menggelupur dtg dekat2 bila kita bg ikan ok.
Paling best kat Marine Park!
Ikan dia ramah sgt! Bagi je roti, beramai2lah dia datang dekat tanpa segan.
Ikan depan hotel segan2 sikit sebab xbiasa kot.
.
Open sea/deep sea tu kalau pandai berenang mmg lagi seronok la main2 dgn ikan sbb kat situ lagi byk spesies ikan y mmg xnampak kat depan hotel

Tuesday, 1 October 2019

JANIN TAK MEMBESAR MENGIKUT MINGGU

Tuesday, 20 June 2017


Seperti biasa monthly check up setiap bulan di KK yang sama.
Kalini aku dah siap2 bawak urine dalam botol kecil dari rumah. So, bila dorang mintak sample urine, aku tuang je dari botol yang ak bawak dari rumah. Sample pagi tadi taw bukan yang 2-3 hari lepas haha.
Seperti biasa ambil nom, bagi urine dan sample darah. Alhamdulillah HB semua ok dan xde kencing kotor. Since last month punya scan saiz kantung tak sama dengan minggu sepatutnya.
So, this time jumpa doc lagi untuk scan dan sepatutnya time ni baby dah 13 week.
Bila scan YA ALLAH melting hati! nampak kat skrin baby dah cukup sifat dan dengan aktifnya kicking2 dalam womb mama!! <3
Ya ALLAH BABY aku sobssss. Tak tergambar perasaan bila nampak baby kita dah cukup sifat dan aktif dalam pewut mama!
Tapi bila diukur saiz baby mesin kira baru dalam 11week plus dan edd ikut tarikh LMP sepatutnya 14 nov jadi 26 nov 2017.

Aku risau jugak yela sebab tarikh subur aku lambat ke ape kan?
Doc pun gtaw tarikh lari ni baby baru dalam 11 weeks plus. Baby sihat cuma xsama pembesaran dengan minggu yang sepatutnya.
So, Doc suggest next app lagi 2 mggu dan bukannya lagi sebulan.
Kata doc biar dia membesar sikit dan ukur semula mggu baby. Sebab kalau lagi sebulan ukur nanti takut baby dah terlebih besar dan tarikh edd jadi tak valid.
Aku redha je, demi anak doc suruh ak cuti 2 mggu pun ak rela.
Susah tu nak ngandung so dah ada ni ak bertekad jaga sungguh2!

Suami sentiasa teman aku buat monthly check up kat KK. So xdela aku tunggu sorang2.
Yela anak sama2 kan mesti la sama2 kena susah payah tggu semua tu kan.
Alhamdulillah aku dapat suami yang baik dan bertanggungjawab, karenah bini dia layankan aje. Haha.

2 minggu kemudian aku datang semula ke KK. Kalini aku datang sorang sebb suami ada bengkel dan dia yang handle bengkel tu so memang xdapat nak elaklah.
Sedih jugak ( yelah aku kan jenis yang cengeng haha! semua nak berkepit je)
Tapi keje dia kan, nak buat cemana, redha kan aje.

Doc scan dan ikut ukuran mesin tu baby baru 13 week, so doc decide ikut edd baru yang sama macam last 2 week! so 26 Nov 2017!
Doc kata semuanya normal yela mngkin lah faktor yang sebelum ni period aku tak teratur kan so tarikh subur atau conceive tu lewat dalam 1-2 mggu.
Lega hati everything normal.

Next2 check up tu aku xde dah jumpa doc just jumpa nurse je sebab semuanya terkawal dan baby n mother sihat walafiat.
Next app lepas raya ni kot jumpa doc scan untuk 5 bulan.
Alhamdulillah 21/6/2017 aku sekarang tengah mengandung 17 week!
Baby bump kalau kat rumah mmg obvious nampak besaq dah.
Cuma kat ofis xbpe nampak sebab pakai bjau besaq dan lindung tudung kan.
Bagus jugak, kalau tak laki aku bising kot nampakkan baby bump tu!
Aurat kan!
hihi till next time hihi harini last keje before raya yeyay!!!!!

Semoga korang yang tengah mengandung tu jaga diri leklok na balik raya ni atau long journey.
Sentiasa bawak buku pink ke mana2 korang pegi k!

Pada yang tengah ikhtiar ni banyak2kan doa time bulan ramadan ni iALLAH ALLAH maha pemberi, pemurah kan doalah banyak2 jangan malu!

SOLAT DHUHA DAN HAJAT TU JADIKAN AMALAN!
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN!

CLEAR BLUE DIGITAL BIG FAT POSITIVE PREGNANT!

Tuesday, 20 June 2017


Assalamualaikum,

Pergh dah nak akhir ramadan 2017 pun harini 26 Ramadan dan Alhamdulillah 
puasa penuh setakat ni!
Hmmm sambungan cerita aku test guna CBD, Alhamdulillah PREGNANT! hehe
since cbd tu boleh state sekali dah berapa minggu dia tulis 2-3 weeks!
Weehee syukur Alhamdulillah penantian selama 2 tahun 2 bulan!
Korang pun aku doakan semoga dipermudahkan urusan mendapat zuriat amin!


Rezeki di hari lahir. Alhamdulillah

Kan aku dah memang plan nak buat surprise kat laki aku time bday treat malam bday aku ni.
So, aku pun balutlah siap2 dan malam tu time dinner after makan2 tu dengan candle light dinner semua ak bagi.
Aku siap rakam video lagi sebab nak simpan jadikan memori cinta kami.
Suami aku memang sah2 lah xkenai lgsg CBD ni haha even dia dah bukak dan tengok tulisan kat situ pun dia macam still blur2 taw.
Haha nak gelak pun ade. Dia siap tanya apa benda ni? haha
Totally surprised! dia speechless sampailah aku terangkan yang i'm pregnantttt!

Actually dia speechless tu bukan haritu je taw...sminggu jugaklah dia mcm berfikir sorang2.
Tapi after tu dia pun dah start lah tu membayang2kan masa depan! :)

Aku lepas pada dapat result pregnant ni memang rajin gile guna upt almost everyday kot.
Sebab orang kata kalau pregnancy tu ok dan ad development upt makin lama makin pekat double line tu.
Alhamdulillah semakin lama aku test upt tu memang semakin pekat!

Pernah pegi scan kat swasta utk pastikan aku preggy.
Balik tu kecewa sungguh! sebab doc scan n gtaw rahim memang menebal mcm org pregnant tp tak nampak apa2 macam kantung ke kan.
Terus risau je aku sentiasa huhu yelah..kandungan aku ni xjd ke kan... doc plak tambah ad kemungkinan cyst plak.
Huaaaaa mcm nak nangis pun ade huhu.
Doc mintak datang lagi 2 minggu utk scan mgkin baby ad cuma dia terlalu kecil sampai kantung pun xnampak lagi huhu.

Aku tak puas hati jugak dengan doc tu huhu, then ak tak pegi pun next appointment tu. Yela bayar mahal2 tapi dgr benda2 yang negatif plak. Kecewa hati ni taw.
Aku nekad 1-2 mggu lepas tu even tak berapa yakin aku preggy ke tak, ak nak g KK bukak buku pink sebab kalau ikut tarikh LMP (last date period) aku sepatutnya dah 8 minggu taw sobss.
Redha je pegi KK nak bukak buku pink. Dorang pun amek sample urine dgn darah.
Pastu g jumpa nurse. Disebabkan aku masih ragu2 ye ke aku pregnant ni. Siap aku tanya nurse tu so betul ke saya pregnant? hahaha
Nurse situ nasib baik jenis ok n melayan je. Dia kata awak dah bukak buku pink ni taw, mestilah pregnant!
Haha lega jugak lah, then g jumpa doc KK tu dan scan perut.
Ini mendebarkan!! kot nya tak nampak apa2 jugak cemano???
Berdebar je time nak scan. After scan tu alahai nampak dah kantungnya.. kecik je lagi.
Tapi syukur alhmdulillah everything normal except kantung tu panjang dia tak sama macam tarikh LMP aku yang speatutnya dah 8mggu. Mesin scanning tu ukur kantung baru berusia 6mggu 6hari!
Doc xde kata pape so aku assume semuanya ok lah kan.

Doc bekalkan Zinc Cofer. Alhamdulillah aku ni jenis semua boleh telan sbb masa TTC dah belaja makan ubat kan. Kalau tak panadol pun mana aku pernah telan haha. Spesis takut makan ubat! haha

Alhamdulillah so dah confirm aku pregnant.
Syukur alhamdulillah
Semoga aku selamat melahirkan baby yang sihat sempurna fizikal dan mental amin!

Korang yang masih berusaha tu jangan lah sesekali menyerah kalah.
Its really worth it!!
After pregnant ni kesemua kesusahan dan kesedihan yang ak rasa sebelum pregnant memang aku rasa worth it!
Keep strong and strive hard!
Iallah ada rezeki tu cuma lambat atau cepat je taw. <3
Cumanya kadang Allah tak makbulkan doa seseorang itu mungkin kerana benda itu buruk bagi dia.

Kita merancang dengan cita-cita, Allah merancang dengan CintaNya.


POSISI TIDUR MEMBANTU KEHAMILAN

Monday, 22 May 2017


Apakah itu ovulasi?

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. 
Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda. 

Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan 
ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. 
Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)

Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak. 

https://www.babycenter.com.my/a1044297/ovulasi#ixzz4hripmROd


Ovulasi merupakan proses penting dalam kehamilan.
Telur yang matang dikeluarkan dari ovari dan seterusnya melalui fallopian tube 
dan menunggu sperma di rahim (uterus).
Malangnya ovum (telur wanita) tidak boleh hidup lebih dari 24 jam selepas 
berlakunya ovulasi (ovum keluar dari ovari).
Manakala sperma pula mempunyai jangka hayat yang lebih lama iaitu selama 7 hari 
dalam faraj/uterus atau dalam fallopian tiub.
Jika berlakunya persenyawaan dalam waktu subur ini, maka kehamilan akan terjadi.

POSISI TIDUR

Diatas tu merupakan fakta-fakta penting yang aku dapat dari sumber blog2 yang 
boleh dipercayai dan dari ingatkan buku2 sains dulu2? haha
So petua yang selalu yang aku dengar tapi kasahihan tu xdapatlah aku 
nak sahkan ada 2 posisi tidur yang dapat membantu kehamilan.

1) Selepas berhubungan dengan suami jangan bangun terus tapi sambil baring, 
tegakkan kaki ke dinding. sebab katanya nanti senang sperma tu semua 
berenang terarah ke bahagian atas (rahim) dan tak tertumpah banyak sangat. 
Aku tak tahulah keberkesananya tapi macam xjadi jek pada aku punya eksperimen! haha.

2) Ha yang ni macam lebih logik. Pada setiap wanita normal kita ada 2 belah ovari. 
Setiap bulan satu atau lebih telur yang matang (ovum) akan keluar dari ovari untuk 
menunggu disenyawakan. 
Tapi kita sendiri pun tak tahu bulan ni keluar dari kiri atau kanan.Mungkin bulan ni kiri, 
bulan depan kanan atau sebaliknya. So, untuk meningkatkan peratusan keberjayaan 
kehamilan  dicadangkan pilih satu side terus dan maintain dengan side tu.

Maksudnya, kalau dah pilih side kanan so nanti setiap kali selepas bersama suami, 
maintain mengiring ke belah kanan. JANGAN UBAH2 SAMPAI IALLAH BERJAYA 
menyatukan ovum anda dan sperma suami.
Macam aku, aku pernah buat hsg so keputusan dia dekat tiub belah kiri dyed tu 
berjalan agak perlahan. Mungkin disebabkan ada sedikit habuk2 ditiub fallopian 
belah kiri aku. Belah kanan pulak tak nyempat2 laju je dyed tu.

*Aku tak menolak jugak kemungkinan hsg tu membersihkan tiub belah kiri time 
proses hsg. Ni aku cerita lain kali iALLAH

So, aku memang decide untuk tidur mengiring belah kanan selain dari sebab 
tiub fallopian belah kanan plg ok, jugak ak niatkan nak mengikut sunah 
nabi Muhammad (SAW).
So ad 2 faedah kat situ..pahala pun dapat taw!

So, pada korang yang masih berttc aku doakan korang dipermudahkan urusan 
dan kita sama-sama dikurniakan zuriat penyejuk hati yang sihat sempurna fizikal 
mental, soleh dan solehah, plus comel2 amin :*



TANDA-TANDA HAMIL : HAMIL KE?

Wednesday, 17 May 2017



Macam aku even period aku tak regular tapi stiap bulan cuma mgkin lewat 2-7 hari, period aku memang akan datang setiap bulan.
Dan yang bestnya bila aku start turun berat badan disember 2016 dan januari 2017 tu period memang tip top! on time! cycle 32 hari utnuk 2 bulan berturut2 taw.
Memang tak rasa sia2 lah join JOM KURUS 1 MSIA di kawasan Bangi WALAU KENA BAYAR RM270, IT WORTH IT!
Dan macam2 jenis Fit challenge aku join demi tujuan nak kurus, sihat dan nak babies haha (a lot of them)!

Selalunya seminggu sebelum period aku akn dapat tanda macam sakit *** je seminggu tu. Bila berhenti je sakit period pun turun. So itu antara tanda jelas nak datang dah dia tu.
Tapi masa bulan mac 2017 seminggu dari tarikh sepatutnya period tu aku xde langsung sakit breast.
Aku pun dah start risau lah sebab alahai nak ting tong balik ke period aku ni.
Berat aku naik balik ke ni? Macam2 dah pk. Tapi ak xde la concern sangat sbb xpela tunggu jela harinya.
Pregnant ke aku? itu antara persoalan yang paling cepat la dalam pikiran org yang tgh TTC mcm aku ni ha hahaaha.
Tapi even aku xbuat daily cek OPK pun ak kira2 guna kalendar tarikh subur ak tu time ak ada kat langkawi...soo urmmmm peluang tu macam rendah jugak lahh haha.
Time tu pulak mid of mac ak nak pindah rumah baru! Family mertua ramai2 akan datang untuk tolong angkat barang.

Then lewat sehari..cehhh berdebar jela keje aku haha dan time tu adalah hari aku pindah masuk rumah baru. Tahu2 jela semua jenis barang berat la aku tolong angkat.
Sebab aku ni xdela sampai hati tengok suami dgn adik2 n pekerja tu je tlng angkat kan.
So tolong2 jugak tapi xdela over.
Tapi sebelum hari aku pindah tu pun ofis ad buat pertadingan dodge ball dan team ak menang weyh dan tak surprise akulah yang plg lincah melompat, berlari just name it! haha
Ak pk jugak haish kalau betul ngandung selamatkan la my babies. Cuak jugak huhu.

its 14 mac 2017...time ni dah lewat dalam 3-4 hari.
Team volley ball office plak ajak join team dan berentap kat Johor wakil Putrajaya. Susah hati jugak, sbb kalau preggy nak kena jaga betul2. Bukan senang ni nak conceive tuu.
Buat lah UPT test dan keputusan dia macam dalam gambar kat bawah! ummhhh cer tengok sikit dable line ke idok?




Siap cek pagi dengan petang woi! haha nak pastikan punya pasai.
Dabel ke??



Ni pun within hari yang sama rasanya.
sooo faint and confusing dable line!


kompius cek!
Letak gambar dalam group family...
ehh macam ade...macam xde.
along pun nasihat better buat cek guna clear blue digital tu sebab nak confirmkan boleh join ke idok pertandingan volley ball tu.
Kena jaga weyhh.

Esoknya 15 mac 2017. Genaplah umo aku 26 tahun.
Ya Allah mesti seronok sangat2 kalau betul preggy dan Ya Allah Anugerah terindah di tarikh lahir.
Dah plan dah esoknya pagi2 ajak membe ofis g makan kat tempat y ada watson untuk beli CBD tu rm40+ jugak lah hegenya. Tapi xpela dulu pun masa 1st time  44 hari lewat period gap cycle besor tu aku pernah beli 99% katanya tepat.
Terang2 dia tulis NOT PREGNANT okayh! hahah sabau jelaa.
Lepas tu sibuk2 google accuracy dia ni untuk menidakkan lah kononnya.
Dia siap boleh detect sebelum hari kita lewat period lagi sama ada preggy atau tak taw. Dasat!

Mlm bday tu suami dah plan nak bawak g dinner for bday treat.
Haha ak kan suka surprisekan orang ni.
So, aku plan kalau CBD tu tulis pregnant nanti aku nak balut dengan pembalut hadiah dan bagi hadiah kat suami aku time dinner tu.
Mesti seronok!

Kawan aku yang excited lebih!
balik ofis tu dia kata test la kat ofis sebab dia nak tahu jugak!!

Keputusan CBD tuu after aku cek sobsssss...
To be continue! hahahaha
ok sembang len kli

Assalamualaikum :*

2 Minggu Menanti! Chia seed membantu kesuburan?

Wednesday, 17 May 2017


Assalamualaikum and Hye to all my friends out there!

Woahhh tajuk seolah2 baru lepas buat iui jee dan sedang menunggu TWW (Two Week Waiting)
Pada yang tak tahu, terma TWW ni mengikut bacaan aku selalu digunakan untuk orang yang baru sahaja menjalani proses iui dan time ni memang kena bed rest sbb nak pastikan selepas berlakunya prosedur iui tu perjalanaan sperma menuju ke ovum berjaya!
Ada sesetengah orang siap awal2 ambil cuti 2 minggu supaya dapat byk berehat.
Ada jugak yang jenis aktif tu lepas prosedur pergi bercuti atau terlampau aktif hingga  MUNGKIN menjadi punca sperma tidak berjaya sampai ke ovum.
So kalau dah habis beribu untuk iui ni sebaiknya ambillah langkah2 yang dapat membantu keberjayaan pensenyawaaan tu.
Tetapi apa2 pun semuanya bergantung pada rezeki yang telah ALLAH berikan.
Kun fa ya kun.

Kembali kepada 2minggu menanti kursus aku di langkawi haritu berakhir.
Disebabkan ak berkursus 2 minggu ni so aku xdela guna opk sebab rasa tak ada guna pun nak cek kesuburan hari2 memandang duduk jauh dari suami 2minggu ni.
Aku time tu pun sedang diet so memang tiap2 hari akan minum air masak bersama chia seed.
Dalam seminggu tu habis 1 botol kecil chia seed yang ak bawak.
Siap pensyarah pun perasan aku minum air chia seed dan dia puji la bagus orang2 muda sekarang pandai jaga kesihatan haha.

Chia seed ni banyak faedah dan kebaikkannya..cuma bila kita tak ambil tahu so memang rugi jugak.
Sebab nak telan dia bukan susah, cuma campur dalam air masak dan biar je dia mengembang sendiri.
Dah ckop tu, teru minum dan xde rasa apa2 yang pelik pun.
Cumanya aku ambil tahu sebab aku ada baca memang untuk kurus gitu! haha

Antara faedah Chia Seed yang aku jumpa time google!


1. Dapat Melawan Diabetes
Chia Seed telah dikaji oleh pakar perubtan, ianya telah menjadi sebagai  salah satu rawatan semula jadi yang amat berpotensi untuk para pesakit diabetes tahap 2, kerana keupayaannya  untuk memperlahankan penghadaman. Lapisan agar-agar biji chia seed yang terbentuk apabila terdedah kepada cecair boleh juga mencegah pancang gula darah.

2. Mengandungi Serat yang banyak
Dengan hanya mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya mempunyai 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Menambahkan beberapa chia seed dalam menu diet harian anda adalah merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan anda memperolehi jumlah fibre yang baik. Dimana ianya amat  penting untuk sistem penghadaman.

3. Mengekalkan Kekuatan Gusi dan Tulang
Satu hidangan biji chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan untuk kalsium, yang dimana ianya berfungsi untuk mengekalkan tahap kesihatan gigi,  tulang, dan dapat mencegah osteoporosis.

4. Mempunyai Mangan
Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya adalah amat penting untuk kesihatan manusia. Mangan amat baik untuk tulang dan dapat membantu badan kita untuk menggunakan nutrien lain seperti Biotin dan thiamin. Dalam pengambilan Satu hidangan biji chia seed (28 gram) mempunyai kandungan sebanyak 30 peratus seperti yang telah disyorkan untuk mineral ini.

 5Lebih Bnayak Fosforus
Dengan mempunyai 27 peratus daripada nilai yang perlu ada untuk fosforus, biji chia seed juga turut membantu anda supaya dapat mengekalkan tulang dan gigi yang sihatdan kuat. Fosforus juga amat penting untuk mensynthesizekan protein (pertumbuhan dan untuk pembaikan) sel serta tisu tubuh badan kita.

6. Kaya Dengan Protein
Biji Chia seed juga adalah merupakan salah satu sumber protein bagi golongan vegetarian dan ianya  tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam satu 28 gram hidangan biji Chia Seed yang diambil adalah mempunyai 4.4 gram protein di dalamnya.

 7.  Dapat Menstabilkan Gula dalam Darah
Pengambilan biji chia seed juga amat berkesan untuk menstabilkan gula dalam darah kita disamping dapat melawan rintangan bagi insulin yang telah terikat dalam peningkatan pada lemak perut (belly fat). Rintangan yang  jenis ini adalah amat berbahaya bagi kesihatan diri kita secara keseluruhanya.

 8. Mudah  Berasa Kenyang
Tryptophan adalah merupakan satu sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Ianya juga turut ditemui dalam biji Chia Seed. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda (mudah berasa kenyang), memberikan tidur yang selesa dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

9. Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung
Kajian daripada Klinik Cleveland turut menyatakan bahawa biji chia seed telah sememangnya terbukti dalam meningkatkan tekanan darah untuk para pesakit kencing manis. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

10. Penuh dan kaya dengan Omega-3 
Biji Chia Seed adalah penuh dan kaya dengan asid lemak omega-3, dengan mempunyai hampir 5 gram dalam setiap hidangan satu aunsnya. Lemak adalah amat penting untuk kesihatan otak anda.

Perkaitan dengan kesuburan tu aku tak dapat nak kaitkan sebab ini antara makanan 
paling banyak aku consume sebelum ak disahkan preggy! EHH! haha

O.k jumpa di entri lain kalau korang nak tahu lagi apa yang aku ikhtiarkan utk preggy! :*

Ikhtiar Ringankan berat badan!

Wednesday, 29 March 2017

Aku pernah cerita yang doc bagi cadangan pada aku dan suami untuk terus buat IUI 
memandang bulan dec 2016 tu ktorg dah genap 2 tahun kawen.
Tapi aku tahu yang aku dan suami aku dua2 normal..cumanya period aku mula jadi
 tak teratur mungkin sebab aku bukan berada pada tahap berat ideal.

Aku pun berbincang dengan suami. Since ktorang pun tengah dok kalut nak pindah 
rumah baru la dengan macam2 hal lagi, so aku decide untuk fokus pastikan period aku teratur dulu.
Dan cara yang terbaik adalah dengan menguruskan badan supaya mencecah bmi ideal.
Time tu pulak memang kevin zahri tengah promote JK1M siri 8 yang akan bermula 
pada 14 jan 2017.
Pucuk dicita ulam mendatang aku terus register dan dapatlah early bird diskaun 10% 
so bayarannya rm270.

Bermula tahun baru 2017!
Dengan azam dan semangat yang baru aku mulakan langkah2 penurunan berat badan.
Dan pada masa yang sama persatuan kat office ad buat pertandingan FIT CHALLENGE. 
yang mana lebih kurang JK1M lah konsep dia. bos2 ak kat ofiice pun ramai join.
Hari pertama timbang dua2 program berat aku timbang 63.8 KG!
Hambek sedebak aku yang overweight ni! haha

Alhamdulillah memang banyak berkenaan diet, pemakanan dan senaman yang 
aku belajar. Sekarang 30 mac 2017 actually dah lama abes dah pertandingan
 JK1M tu..
ok la not bad at all dan aku berjaya turun 5kilooo weyhh! mana nak senang 
dpt 5 kilo turun.
Dan ALHAMDULILLAH ak dapat tempat ke-5, dapat la sepasang dumbell 2.5KG 
dr JK1M! haha beratttt.
Dalam masa yang sama FIT CHALLENGE ak dapat masuk ke fasa terakhir oiiii,, 
FASA III!
Yang mana fasa ni sesiapa yang turun 3 kilo akan dpt 1 gram emass dan 
byk lagi laa.

Aku kan sebenarnya start diet tu since akhir 2016 lagi, tp tu lah xpernahnya 
berat kurang dari 60kg...mesti takat situ je... Masuk JK1M ni berat terakhir ak 58.8. 
BMI IDEAL!
Dan alhamdulillah bulan dec period aku cycle 32 hari dan januari pun 32 hari! 
Teratur! syok lah hati hehe.

Kebetulan dalam masa berlangsungnya program tu, ak kena g kursus penilaian 
di langkawi selama 2 minggu...aku dah risau gile dahh..sebab balik je dari langkawi 
tu hari kames..sabtu tu aku kena timbang utk timbangan final. Mak oiii seram sejuk je
 kat langkawi tu. Ape taknya makan control, siap puasa, berzumba, bersenam dan
 g skytrex la takot gemuk punya pasal.
Tapi yang bestnya balik dari langkawi tu aku turun 1.5kilo kott weyhh.
hahaha xsangka sungguh! Tu yang boleh jadi total 5kilo tu turun! weehee!

Timing g langkawi tu macam xkena sgt sebab last 2 days period ak time tu ak kat 
langkawi, maksudnya tarikh subur aku nnt mesti time tu ak kat langkawi lagi sob sob...
So akan bersambung kemudian lah yee.....byee