Bila hadapi dan di diagnose macam tu tak tahulah apa perasaan.
23 Disember 2019
Disebabkan semalamnya ada bleeding terus pergi ke klinik kesihatan (KK) awal pagi 23 disember 2019.
Doc scan guna ultrasound dan resultnya begini.
Doc muka dah lain macam dah, dia kata dia akan terus refer aku ke hosp dan tanya kami lebih prefer hosp mana? Since aku pun dah biasa dengan hosp serdang dan status hosp serdang sebagai hosp pakar aku lebih prefer hosp serdang berbanding putrajaya.
Doc kata dia scan tak nampak baby. Mungkin baby xgrowing, baby tak menjadi. Tapi kalau ikut gambar scan tu memang kantung membesar ikut minggu yang betul.
Doc ada cakap jugak kalau kat hosp nanti ada transvaginal scan. Scan dari bawah utk lihat baby and kantung lebih jelas.
Doc terus bagi aku MC dan minta aku terus ke hospital hari tu jugak.
Kebetulan on that date memang husband aku bz untuk presentation final sem 2 master dia kat UKM, aku offer diri lah untuk dia just drop off aku kat emergency hosp serdang dan handle semuanya sendiri kat hosp tu.
Walhal sebenarnya aku xsanggup lah nak handle sendiri, takut kot.
Tapi nanti kalau husband aku ada pun dia kena tunggu kat luar jugak, y bezanya rasalah alone tu duduk hosp sorang2 even bukan warded pun , doc baru nak cek2 huhu.
Macam biasalah pergi department emergency memang akn pegi duduk dan MA akan daftar masuk emergency sebelum ke bahagian yang sepatutnya. MA akan cek dulu blood pressure dan suhu badan. Nanti akan adalah ho datang dorang akan tanya the whole situation yang berlaku dan kenapa aku datang kesitu. Time ni surat refer dari doc/ buku pink mengandung atau kalau melibatkan anak buku anak mesti kena bawak. Senang dorang nak tengok . Dan silalah pastikan kita ingat semula the whole situation bermulanya kejadian, jam, jumlah atau apa2 yang penting. Macam aku, aku selalu ambil gambar. Ni contoh bleeding yang aku ambil gambar.
Ho panggil aku untuk dia scan guna ultrasound. Dan yess sekali lagi aku didiagnosed missed miscarriage. Memang ak sendiri pun nampak kat skrin ultrasound tu, xnampak baby dalam kantung. Nampak kosong je huhuhu.
Masa ni ak macam dah yakinlah xde rezeki kami pada kali ni. Ya Allah takut jugak aku nak hadapi keguguran, atau D&C niii sob sob.
Then doc bawa aku ke epau/gynae. Disini dorang satukan aku dengan orang2 yang mengalami nasib sama macam aku dan yang keguguran. Kami saling berkongsi ceritalah.
Time ni aku betul2 dah menyediakan diri aku untuk segala yang bakal datang.
Dalam masa yang sama aku selalu istighfar banyak-banyak. Ustaz kata istighfar akan membuatkan kita dapat rezeki yang xdisangka-sangka. Walaupun aku dah redha. Deep down aku masih berharap transvaginal scan akan bantu doc nampak baby aku dalam jantung dan sangat sihat dan membesar ikut minggu aminn sob sob 😭😭😭😭
.
Tunggu lah bersama dua orang lagi yang didiagnosed bawah kes missed miscarriage. Ada seorang kakak tu cerita dia keguguran semalam. Seram katanya, 1 jam dalam toilet darah turun tak berhenti-henti mencurah2 haishh ngeri dengar. Tapi since ni anak ke5/6 so dia xdela berasa sedih sangat )attachment dgn baby kurg lagi kot sbb kandungan kecil lagi). Seorang lagi tu kes sebijik mcm aku, kantung membesae tapi kosong huhu.
Tibalah gigiliran ho n nurse panggil masuk bilik untuk cek bukaan. Alhamdulillah 0cm bukaan. Dalam hati aku, ada harapan ni tp dalam masa yang sama ad dah pm kawan2 yng pernah keguguran untuk aku lebih bersedia utk buat keputusan incase doc sahkan betul2 kantung kosong apa tindakan seterusnya. Sama ada nak biar kandungan jatuh secara semulajadi atau D&C.
Nasihat membe, better proceed dgn D&C sebab kurang berbahaya dan sakit berbanding jatuh sendiri yang kita pun xpasti kat mana time berlaku tu nanti.
.
Perjumpaan dengan MO
Saat-saat yang ditunggu telah tiba aku pulak pergi toilet dulu so kakak yang kes sama macam aku tu lah pergi masuk jumpa doc dulu. Masa aku sampai tu aku duduk kat kerusi dulu sementara tunggu giliran dan ak dengar lah jugak sikit2 yang doc cerita masa scan kakak tu. Sebelum ak dapat masuk tu aku dapat tahulah ceritanya yang memang kantung kakak tu membesar tapi kosong, baby not growing. Aku dengar tu, ak memang lebih redha dah lah lepas tu byk2 istighfar dan belajar utk terima je apa yang doc gtaw kejap lagi. Then ak pun masuk jumpa doc,ho dan nurse kat situ. Mesin ultrasound kat labour room ni nampak canggih dan baru lah aku tgk. Aku pun baring menadah diri haha.
Doc scan, mata aku memang tertumpu je pada skrin mesin ultrasound. Ada bunyi..tut..tut....tut..tut....
.
Doc : Ni dia baby
Aku : Maknanya baby saya ada ke ni doc? (bergetar agaknya suara aku)
Doc : Ni dia (sambil kuatkan volume heartbeat baby)
Aku : Macam blur pun ada, xtahu nak reply apa.
Doc tanya ho dah berapa week dan bila due date aku (ho tu pun td dia xdela note sgt due date aku rasanya sbb ak bawa buku pink sekali dan aku rasa dia xexpect pun baby aku ada haha.
At the end aku tolong jawabkan haha dan doc kata saiz baby sama dengan due date so tak perlu REDD (tukar due date).
Aku memang sangat2 bersyukur ya Allah aku masih diberikan rezeki baby ni. Syukur Alhamdulillah, terus ak wasep husband gtaw berita gembira yang kami berdua xjangka ni.
Ho tu pun ada cakap dgn aku, mesin sini canggih sikit tu yang ada sekali boleh dengar heartbeat. Kalau yang di KK dan emergency just nampak kat skrin je dan tak ada fungsi untuk dengar heartbeat. 😇
Since aku bersalin yang pertama dulu c-sect aku tanya doc ad peluang ke untuk aku bersalin normal. Doc kata setakat ni memang xnampak ada apa-apa masalah dan terus doc note dalam buku pink utk doc kk referkan ak ke appt di o&g time 34-36 weeks nnt untuk bincang mode of delivery. Kalau semua ok, ibu sihat, anak saiz ok dan tak ada masalah boleh try bersalin normal. Alhamdulillah terjawab persoalan dalam hati aku ni.
Setakat ni semua ok dan sihat dah nak masuk 16week dah pun sekarang.
😍😍😍
ALHAMDULILLAH.
No comments:
Post a Comment