Monday, 11 November 2019

Hadiah Latihan Persekutuan HLP - Part 4 Majlis Amanat HLP

Assalamualaikum,


Tahniah ye bagi yang berjaya mendapat HLP teruskan bersemangat untuk sambung belajar nanti.

Korang akan dapat emel beritahu kena hadir Majlis Amanat HLP& CBBTB. Surat jemputan boleh download di web esila. Jangan lupa bawa sekali SURAT SETUJU TERIMA (SST) dan surat tawaran bersyarat semasa pendaftaran, kena serah pada urusetia semasa pendaftaran.
Minum pagi dan makan tengahari disediakan.

Untuk pegawai yang mendapat tajaan untuk mode penyelidikkan kerusi mereka telah ditaging kan supaya duduk dibahagian hadapan. Ini memudahkan kerana nanti akan ada satu slot dari INTAN dimana hanya pegawai mode penyelidikkan sahaja perlu dengar kerana mereka perlu pergi berkursus di INTAN selama 3 minggu . Pegawai yang mendapat mode mixed mode dan coursework xperlu langsung pergi berkursus di Di INTAN. Tapi kalau WORKSHOP ELPA dibuat di INTAN untuk catered pegawai yang dapat HLP ni terpaksalah gagahkan diri ke INTAN juga. Pasal ELPA ni aku cerita lain kali naaa iALLAH. Banyak sangat info hehe.
ELPA stands for ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY ASSESSMENT.

Majlis amanat ini penting kena datang untuk dapat info2 berguna, tarikh-tarikh penting .
Silalah bawa segala persoalan yang korang ada sebab org JPA BMI akan ada disitu untuk beri penjelasan. Dan palinggg penting sekali diakhir program korang akn diberi surat GUARANTEE LETTER. GL ni akan menyatakan korang akan diberi biasiswa HLP dari JPA. Masa nak mohon Universiti kena provide surat ni sekali sebagai bukti korang akan mendapat penajaan untuk sambung belajar.
Ini ad aku sertakan sekali contoh surat GL tu.
Kalau tengok jumlah RM tu so korang dapatlah tahu berapa elaun sara diri bulanan yang korang akan dapat untuk setahun ye hehe. Sebab kalau ikut list senarai elaun tu ad 2 jenis satu y rm800 sebulan dan satu lagi rm900 sebulan. Bersyukur lah banyak2 bagi yang dapat tu. Alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.

GL dari JPA

Langkah seterusnya tengok2 lah universiti dan kos2 yang korang boleh apply yang bersesuaian dengan kluster yang korang telah ditawarkan tu. Masa majlis berjalan dari awal pagi banyak uni bukak booth2 depan dewan. Bolehlah pegi daftar dan ambil brochure yang berkaitan. Untuk yuran pendaftaran universiti, JPA akan tanggung 3 yuran permohonan yang korang kena bayar masa nak apply U. So xyah risau2, apply jela 3 uni. JPA memang nasihatkan untuk apply 3 universiti, in case of anything kan apply jela. Free je tu sebab boleh claim balik dengan JPA.
Macam UPM dorang ad provide yuran permohonan free bagi sesiapa yang datang booth dorang masa majlis tu. Dingatkan yang free tu hanya untuk 2 minggu je ye validity dia. Dan boleh je daftar untuk intake mei, dan kalau rasa nak start bulan sept, mintak lah tangguh memulakan pengajian. Aku apply je kemasukkan mei kat UPM so kalau in case perlu masuk awal aku ak back up dah.

Kit HLP dah boleh download, print dan bawa sekali masa Majlis Amanat ni nanti.
Segala KIT HLP dan slide masa Majlis Amanat ini nanti akan diupload ke web esila JPA. So boleh go through semula bila dah nak start belajar nanti.
Dia ada untuk sebelum memulakan pengajian, semasa pengajian dan selepas tamat pengajian.

SEMOGA BERJAYA DAN DOAKAN SEMOGA PENULIS BLOG NI SENTIASA MURAH REZEKI DAN DIPERMUDAHLAN SEGALA URUSAN AMIN.

IAllah akan join master intake sept 2020.